Monday, August 31, 2015

My Partner In Crime

Well, pejam celik pejam celik, nak dekat setahun dah kerja dalam bidang perhotelan ni. 2 September ni genapla setahun kerja, kau ada? mampu jadi setia macam iols? Haha.
Basically, aku suka kerja situ, aku suka kerja aku, gila tak suka sebab melibatkan sales and events? dari mula confirmation event sampai hari berlakunya event tu cuma salary sucks sikit. Basic pay sikit sebab baru dalam bidang ni. Aku masuk masuk kosong kot. Ape pun tak tau nasibla yang kerja ngan aku melayan aku yang selalu tanya pertanyaan bodoh. 

Aku bukan nak cerita pasal kerja kat sini, bosanla cerita pasal kerja. Cukupla aku selalu update gambar pasal kerja n colleagues kat Instagram, confirm ade yang menyampah kan, kesah lak aku tak suka boleh unfollow. Hee. Aku nk cerita pasal one of the best and awesome people aku jumpa sepanjang aku kerja kat sana, one and only my partner in crime Ajay Singh.



















Itula Ajay, pic ni masa handle Akad Nikah Kak Fatin.
Aku pun tak tau macam mana aku leh sekepala dengan si amma ni (nama panggilan aku kat dia), tapi bila sembang je apa memang boleh click terus.
Meh aku listkan benda yang buat aku respect and anggap die the best partner in crime ever!

  • Setiap kali event nk start ke or pre set up, customer yang over gedik menyampah akan request macam macam and paling teruk die akan tukar setting kau, dan masa inila diri ini akan bertukar menjadi The Hulk tapi akan sejuk dingin bila si Ajay cakp "takpe Anis, nanti aku settle, no problemla"
  • Tak pernah bantah bila aku n colleagues dari Sales cakp itu ini, semua dia akan buat tanpa ade rasa marah atau tak suka.
  • Manusia paling cool pernah aku jumpa, tak pernah marah, kalau marah, die diam kejap pastu die cool balik.
  • Walaupun takde duit, if terjumpa pengemis ke orang tepi jalan mintak duit, die akan sedaya upaya jugak seluk poket or cari dalam wallet die duit nak kasi orang tu.
  • Hari Rabu kan movie baru keluar, kawan die yang gila movie ni ( akula orangnya) akan mengedik kasi hint macam " Eh Ajay, Mission Impossible dah keluarla" and die akan respons "betul ke, jomla petang ni". Nampak tak nampak tak? hahaha
  • Kalau aku lapar or teringin makan apa apa, die akan sedaya upaya cari hari yang boleh kitaorang pergi makan benda tu.
  • Setiap kali diri ini stress dan serabut pasal paperwork yang menimbun tu, memang aku akan roger n call " Ajay , ade mane" dan datang kacau dia.
  • Melayan kawan die yang retard ni mood Hitman all the time.
  • Kawan travel paling best gila. 
  • Boleh habiskan makanan kau yang tak habis tu.
Tapi tula aku kena get ready when the times come bila either one of us akan angkat kaki dari tempat tu. Sebab aku tak tau apa jadi if die dah tak kerja situ lagi, hari mendap mendatang selamanya.  Dan mungkin dengan izin tuhan, akan sama tempat kerja lagi. We never knows kan. 

To Ajay, thank you sebab selalu ade time susah senang, jatuh bangun, suka duka, gembira sedih, thank you jadi best friend and part in crime paling awesome sekali. If one day kita dah tak kerja sekali, jangan lupa aku tau. 

Regards,
Your overly attached best friend Anis

1 comment:

Aini Shah said...

Hi Anis, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)